PUSAT PENETASAN PENYU DI PADANG KEMUNTING



Lawatan anda tidak lengkap sekiranya anda tidak melawat pusat pameran binatang yang hampir pupus , Disini anda akan dapat meyaksikan pameran dan sejarah penyu disini anda dapat memahami kehidupan penyu dan cara cara pengembangan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Pusat Penetasan ini dibawah kelolaan oleh WWF .Adakah anda ingin menjadi sukaralawan bagi meyelamatkan penyu dari pada pupus.

Eksplorasi Sungai Linggi


Bekas laluan kapal kini lubuk rezeki destinasi pelancongan baru.MENYUSURI Sungai Linggi di Negeri Sembilan, imaginasi melayang ke zaman silam ketika pedagang menjadikan sungai ini sebagai laluan masuk utama ke negeri bertunjangkan Adat Prepatih ini.
Dari Selat Melaka, pedagang mudik Sungai Linggi menjadikan laluan sibuk dengan bermacam urusan. Seorang penduduk jati Negeri Sembilan memberitahu, datuknya pernah menaiki kapal yang berlabuh di Sungai Linggi untuk berangkat ke Tanah Suci. Begitulah gahnya Sungai Linggi ketika itu. Itu semua kisah lama ketika Sungai Linggi cukup besar dan dalam untuk dilalui kapal. Sekarang, walaupun tidak sesibuk dulu, Sungai Linggi masih menjadi lubuk rezeki penduduk tempatan yang memperoleh pelbagai spesies ikan sungai, malah udang galah biru di lokasi ini.

Kota Supai



Berdasarkan sejarah, ada sebuah kota di puncak bukit berkenaan yang dibina tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian selepas tamat perang antara 1756 dan 1757 apabila perjanjian damai ditandatangani pada 1 Januari 1758.

Hasil perjanjian itu, Belanda dibenarkan menguasai dan menjalankan perniagaan di Linggi dan perdagangan bijih timah di pedalaman hulu Sungai Linggi dan Sungai Rembau.

medan selera & medan ikan bakar

Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak.

perkampungan nelayan























Rasailah suasana nyaman dan segar di pantai pengkalan balak ini.
Lawatilah balai nelayan dan melihat cara penghidupan para nelayan.
Berpeluang membeli hasil laut seperti belacan, cencaluk, ikan segar dan ikan masin yang segar.
marilah bercuti ke pantai pengkalan balak!!

Kompleks Falak Al-Khawarizmi




Merasai dan melihat sendiri alam cakerawala depan mata sendiri
Kenalilah astronomi terkenal islam seperti Al-Khawarizmi
Melihat dan mengenali peralatan melihat anak bulan (teropong) dan peralatan mengira hilal kalender islam.

Antara Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah:
1. Auditorium-Tayangan Planetarium dan 3D
2. Ruang Pameran
3. Bilik VIP
4. Kafeteria
5. Bilik Kuliah
6. Ruang Rehat
7. Surau
8. Ruang Simpanan Kasut dan beg
9. Gerai cenderahati
10. Info Kios
11. Perpustakaan mini
12. Kemudahan internet
13. Tempat letak kereta berturap

Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting, Masjid Tanah. Melaka





Jangan lupa percutian di tempat kami juga terdapat Penyu Karah yang bertelur pada bulan Mac hingga September. Jadi anda akan berpeluang menyaksikan sendiri penyu karah bertelur di samping melihat khazanah penyu di bilik pameran yang terdapat di Pusat Pengurusan Penetasan Penyu di bawah Jabatan Perikanan dengan kerjasama WWF. Lawatan ini adalah percuma. marilah bercuti bersama keluarga di pantai pengkalan balak....
jom bercuti!