Memaparkan catatan dengan label penginapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penginapan. Papar semua catatan

Eksplorasi Sungai Linggi


Bekas laluan kapal kini lubuk rezeki destinasi pelancongan baru.MENYUSURI Sungai Linggi di Negeri Sembilan, imaginasi melayang ke zaman silam ketika pedagang menjadikan sungai ini sebagai laluan masuk utama ke negeri bertunjangkan Adat Prepatih ini.
Dari Selat Melaka, pedagang mudik Sungai Linggi menjadikan laluan sibuk dengan bermacam urusan. Seorang penduduk jati Negeri Sembilan memberitahu, datuknya pernah menaiki kapal yang berlabuh di Sungai Linggi untuk berangkat ke Tanah Suci. Begitulah gahnya Sungai Linggi ketika itu. Itu semua kisah lama ketika Sungai Linggi cukup besar dan dalam untuk dilalui kapal. Sekarang, walaupun tidak sesibuk dulu, Sungai Linggi masih menjadi lubuk rezeki penduduk tempatan yang memperoleh pelbagai spesies ikan sungai, malah udang galah biru di lokasi ini.